Kerjaya muzik Calum_Scott

2011–14: Awal kerjaya

Pada 15 Ogos 2013, Scott telah memenangi pertandingan pencarian bakat Mail's Star Search, yang dianjurkan oleh Hull Daily Mail.[2] Beliau kemudiannya menyertai Maroon 4, sebuah kugiran penghormatan kepada Maroon 5, dan melakukan penjelajahan sekitar United Kingdom.[3] Pada tahun 2014, beliau menubuhkan duo elektronik, The Experiment bersama John McIntyre.[4] Single pertama, "Girl (You're Beautiful)", telah dikeluarkan pada 14 Jun.[5] Duo tersebut telah mempersembahkan lagu mereka menerusi Good Morning Britain dan BBC Look North, sebelum mereka dibubarkan.[6][7]

2015: Britain's Got Talent

Pada 11 April 2015, Scott telah menghadiri ujibakat untuk Britain's Got Talent musim kesembilan yang disiarkan menerusi ITV. Sebelum beliau, adik beliau, Jade telah masuk untuk ujibakat, namun tidak berjaya memikat hati Amanda, David dan Simon. Meskipun gementar setelah melihat ujibakat adiknya ditolak, Calum telah mempersembahkan lagu "Dancing on My Own" dari Robyn dan telah menerima Golden Buzzer dari Simon Cowell yang seterusnya melayakkan beliau secara automatik terus ke pusingan live show. Scott telah menerima sokongan dari beberapa orang bintang termasuklah Little Mix dan Ashton Kutcher.[8] Penampilan pertama beliau telah meningkatkan jumlah pengikut beliau di Twitter dari 400 orang kepada lebih daripada 25,000 orang.[9] Sehingga 23 April 2018, klip ujibakat tersebut telah ditonton sebanyak 157,597,549 kali di YouTube.

Semasa semi-akhir pada 29 Mei, Scott telah mempersembahkan lagu "We Don't Have to Take Our Clothes Off" dari Jermaine Stewart dan telah mendapat pujian dari Cowell dan David Walliams. Beliau telah memenangi pusing tersebut dengan undian sebanyak 25.6% dan melayakkan beliau terus ke pusingan akhir. Semasa pusingan akhir pada 31 Mei, Scott telah memilih lagu Rihanna, "Diamonds" by Rihanna dan mendapat tempat keenam dari 12 orang peserta dengan undian sebanyak 8.2%. Selepas Britain's Got Talent, Scott mula muncul dalam beberapa persembahan sekitar UK.[10][11][12][13][14][15]

2016–kini: Only Human

Scott telah mengeluarkan lagu saduran "Dancing on My Own" pada 15 April 2016. Pada Ogos 2016, ia menerima pengiktirafan platinum di UK dengan jualan melebih 600,000 buah salinan.[16] Scott telah mengumumkan di Twitter pada 24 Mei bahawa beliau telah menandatangani perjanjian rekod dengan Capitol Records untuk album pertamanya.[17] Scott telah membuat persembahan di beberapa buah rancangan televisyen seperti BBC Look North, Lorraine, Weekend, Late Night with Seth Meyers dan sebuah rancangan Brazil, Encontro com Fátima Bernardes.[18] Beliau turut mempromosi lagu beliau di stesen radio termasuk di BBC Radio Humberside, Viking FM, Radio Gibraltar, BFBS Radio dan Gibraltar Broadcasting Corporation.[19][20][21] Pada 16 September, beliau melancarkan single promosi "Transformar" dengan seorang artis rakaman Brazil, Ivete Sangalo sebagai lagu tema Sukan Paralimpik Musim Panas 2016. [22] Mereka telah membuat persembahan untuk upacara penutup pada 18 September.[23] Pada September 2016, "Dancing on My Own" menjadi lagu paling banyak dimuatturun di musim panas di UK.[24]

Pada tahun 2017, Scott melakukan penjelajahan di Amerika Syarikat dan melancarkan single "You Are the Reason". Dalam tahun yang sama, beliau mula bekerja untuk album pertamanya Only Human, yang dilancarkan pada 9 Mac 2018. Versi terbaharu lagu "You Are the Reason" dilancarkan pada awal tahun 2018 sebagai kolaborasi bersama Leona Lewis, dan mempersembahkannya menerusi The One Show pada Februari 2018.

Rujukan

WikiPedia: Calum_Scott http://www.ariacharts.com.au/charts/albums-chart http://www.ultratop.be/nl/showinterpret.asp?interp... http://www.opovo.com.br/app/divirta-se/2016/09/19/... http://www.purebreak.com.br/noticias/ivete-sangalo... http://portalpopline.virgula.uol.com.br/ivete-sang... http://antidiary.com/video/watch/vid47J0YuMN9QR0x7... http://australian-charts.com/showinterpret.asp?int... http://www.billboard.com/music/calum-scott/chart-h... http://www.digitaljournal.com/a-and-e/music/review... http://www.digitaljournal.com/a-and-e/music/review...